Tajuk : Isipadu Cecair
Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran :
Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid dapat membuat perbandingan langsung isipadu cecair di antara dua bekas dengan menyatakan lebih atau kurang
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
1. Guru memegang satu botol air mineral dan satu kotak air soya . Guru meminta murid membuat
tekaan bekas yang mana mempunyai air yang lebih banyak
2. Murid membuat pilihan sama ada air di dalam botol atau di dalam kotak.
3. Guru merekod jawapan pilihan murid.
4. Guru menuang air di dalam botol dan di dalam kotak ke dalam dua bekas lut sinar yang sama saiz.
Kemudian guru rapatkan kedudukan kedua-dua bekas lut sinar tersebut supaya murid dapat melihat
bekas yang mana mempunyai air yang lebih banyak.5.Guru membawa murid keluar kelas untuk membuat satu aktiviti permainan.
7 Guru memberi setiap kumpulan botol plastik air mineral yang sama saiz , span, dan baldi yang berisi air
berwarna merah, biru, kuning dan hijau. Guru memberikan arahan permainan
8. Murid dikehendaki mengisi air ke dalam botol dengan menggunakan span yang di beri dalam masa 10
minit secara bergilir-gilir.
9. Apabila masa telah tamat ketua kumpulan akan membawa botol mineral yang telah berisi air dan
diletakkan di atas meja yang telah disediakan. dapat mengisi air paling banyak dikira sebagai pemenang dan diberikan hadiah.
Bahan Bantu Mengajar Serta Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Murid Pencapaian Tinggi
Tajuk : Isipadu cecair
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair
menggunakan alat ukuran piawai
Bahan Bantu Mengajar : Jag. teko, botol, balang kuih, Silinder penyukat dan
air
air
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Guru memperkenalkan alat ukuran piawai yang digumakan untuk menyukat isipadu cecair.
1. Guru memperkenalkan alat ukuran piawai yang digumakan untuk menyukat isipadu cecair.
2. Guru menerangkan cara membaca sukatan yang tepat menggunakan silinder penyukat.
3. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
3. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
4. Guru memberikan kumpulan pertama jag, kumpulan kedua balang kuih, kumpulan ketiga botol dan
kumpulan keempat teko
kumpulan keempat teko
5. Murid dikehendaki memasukkan air di dalam jag, balang kuih, botol dan teko dengan menggunakan
silinder penyukat
silinder penyukat
6. Sebelum memasukkan air ke dalam peralatan yang di berikan mereka dikehendaki berbincang dengan
ahli kumpulan berapa liter air boleh diisi di dalam peralatan tersebut.
7. Setelah itu mereka akan bekerjasama mengisi air ke dalam bekas sehingga penuh.
8. Setelah selesai menjalani aktiviti tersebut, guru adakan sesi bersoal jawab dengan setiap kumpulan
a. Jug boleh menampung berapa liter air? ______ liter.
b. Balang kuih boleh menampung berapa liter air? _______ liter.
c. Botol boleh menampung berapa liter air? _______ liter.
d. Teko boleh menampung berapa liter air? _______liter..
9. Kumpulan yang berjaya meneka dengan tepat anggaran mereka dan ukuran sebenar di berikan hadiah
10. Minta murid berbincang mengenai keempat-empat jenis bekas tersebut ( jag , botol, balang kuih dan
teko), yang mana mempunyai kapasiti isipadu yang paling banyak dan paling sedikit. Muird menyusun
peralatan tersebut mengikut urutan menaik
teko), yang mana mempunyai kapasiti isipadu yang paling banyak dan paling sedikit. Muird menyusun
peralatan tersebut mengikut urutan menaik
11. Guru dapatkan jawapan daripada murid.
12. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
13. Murid menjawab soalan lembaran kerja yang diberi.
KESIMPULAN
Saya berharap semoga dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan aktiviti yang berpusatkan murid ianya akan menambahkan lagi kefahaman murid terhadap konsep kapasiti isipadu cecair.
KESIMPULAN
Saya berharap semoga dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan aktiviti yang berpusatkan murid ianya akan menambahkan lagi kefahaman murid terhadap konsep kapasiti isipadu cecair.