Sunday, November 21, 2010

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan kapasiti, isipadu dan cecair?
Menurut Kamus Dewan edisi keempat kapasiti bermaksud kemampuan memuatkan sesuatu. Isipadu pula membawa maksud sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim pepejal, cecair atau gas dalam satu bekas. Manakala cecair pula membawa maksud bahan yang cair sifatnya dan dapat mengalir dengan bebas tanpa bentuk tertentu contohnya air dan minyak.


Salah Konsep Mengenai Kapasiti.


Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila di tanya tentang bekas mana yang yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebh tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi.

Monday, November 1, 2010

Bahan Bantu Mengajar
       Bahan bantu mengajar yang saya pilih untuk mengajar topik isipadu cecair adalah bahan yang mudah diperolehi contohnya baldi, span. balang kuih. botol mineral, jug dan lain-lain lagi. Kebanyakan bahan-bahan ini tidak perlu dibeli kerana boleh didapati di sekolah atau di rumah rumah. Ke semua bahan ini biasa di lihat dan digunakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian.
       Saya tidak perlu membeli barang ini untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Ini dapat mengurangkan kos. Bahan-bahan ini dipilih berasaskan potensinya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengenai konsep kapasiti isipadu cecair.dengan tepat dan penggunaan bahan ini juga dapat melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.