Sunday, October 24, 2010

Bahan Bantu Mengajar Serta Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Murid Yang Pencapaian Rendah

Tajuk : Isipadu Cecair

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran :
Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid dapat membuat perbandingan langsung isipadu cecair di antara dua bekas dengan menyatakan lebih atau kurang 

Bahan Bantu Mengajar: Sponge, 4 biji botol mineral, 4 biji baldi, 2 balang kuih, 1 kotak air soya, air
                                         berwarma







                                                                                                                                                                                                                           
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
1. Guru memegang satu botol air mineral  dan satu kotak air soya . Guru meminta murid membuat 
    tekaan  bekas yang mana mempunyai air yang lebih banyak

2. Murid  membuat pilihan sama ada air di dalam botol atau di dalam kotak.

3. Guru merekod jawapan pilihan murid.

4. Guru menuang air di dalam botol dan di dalam kotak ke dalam dua bekas  lut sinar yang sama saiz.
    Kemudian guru rapatkan kedudukan kedua-dua bekas lut sinar tersebut supaya murid dapat melihat  
    bekas  yang   mana mempunyai air yang lebih banyak.

5.Guru membawa murid keluar kelas untuk membuat satu aktiviti permainan.
  
6. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Mereka dikehendaki berbaris di dalam kumpulan masing-masing.
7  Guru memberi  setiap kumpulan botol plastik air mineral yang sama saiz , span, dan baldi yang berisi air
    berwarna merah, biru, kuning dan hijau. Guru memberikan arahan permainan

8. Murid dikehendaki mengisi air ke dalam botol  dengan menggunakan span yang di beri dalam masa 10 
    minit secara bergilir-gilir.

9. Apabila masa telah tamat ketua kumpulan akan membawa botol mineral yang telah berisi air dan
    diletakkan di atas meja yang telah disediakan.

10 Guru meminta murid membuat perbandingan botol yang mana paling banyak berisi air. Kumpulan yang
     dapat mengisi air paling banyak dikira sebagai pemenang dan diberikan hadiah.


Bahan Bantu Mengajar Serta Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Murid Pencapaian Tinggi

Tajuk     : Isipadu cecair
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair
                menggunakan alat ukuran piawai


Bahan Bantu Mengajar :  Jag. teko, botol, balang kuih, Silinder penyukat  dan
                                      air                                                                                




Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Guru memperkenalkan alat ukuran piawai yang digumakan untuk menyukat isipadu cecair.
2. Guru menerangkan cara membaca sukatan yang tepat menggunakan silinder penyukat.
3. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
4. Guru memberikan  kumpulan pertama jag, kumpulan kedua balang kuih, kumpulan ketiga botol dan
    kumpulan keempat teko
5. Murid dikehendaki memasukkan air  di dalam jag, balang kuih, botol dan teko  dengan menggunakan 
    silinder penyukat
6. Sebelum memasukkan air ke dalam  peralatan yang di berikan mereka dikehendaki berbincang dengan
    ahli kumpulan  berapa liter air boleh diisi di dalam peralatan tersebut.
7.  Setelah itu mereka akan bekerjasama mengisi air ke dalam bekas sehingga penuh.
8.  Setelah selesai menjalani aktiviti tersebut, guru adakan sesi bersoal jawab dengan setiap kumpulan
a.       Jug boleh menampung berapa liter  air?  ______ liter.
b.       Balang kuih boleh menampung berapa liter air? _______ liter.
c.       Botol boleh menampung berapa liter air? _______ liter.
d.       Teko boleh menampung berapa liter air? _______liter..

9.   Kumpulan yang berjaya meneka dengan tepat anggaran mereka dan ukuran sebenar di berikan hadiah

10. Minta murid berbincang mengenai keempat-empat jenis bekas tersebut ( jag , botol, balang kuih dan
      teko), yang mana mempunyai kapasiti isipadu yang paling banyak dan paling sedikit. Muird menyusun 
      peralatan tersebut mengikut urutan menaik

11. Guru dapatkan jawapan daripada murid.

12. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

13. Murid menjawab soalan lembaran kerja yang diberi.

KESIMPULAN

Saya berharap semoga dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan aktiviti yang berpusatkan murid ianya akan menambahkan lagi kefahaman murid terhadap konsep kapasiti isipadu cecair.

No comments:

Post a Comment